Tuesday, February 5, 2008

“TEMAN KEKASIH ALLAH”

ABDUL RAHMAN BIN ‘AUF

(meninggal dunia pada tahun 32H bersamaan 652M)
Beliau ialah abdul Rahman bin ‘Auf bin al-Harith bin Zahrah. Merupakan seorang sahabat berbangsa Quraisy daripada kaum Zahri, beliau adalah tergolong daripada mereka yang terawal memeluk Islam. Beliau juga adalah salah seorang daripada sepuluh yang telah dijamin syurga dan termasuk dalam kalangan enam orang ahli majlis mesyuarat. Beliau telah menyertai peperangan Badar dan seluruh peperangan yang lain. Beliau telah disemadikan di tanah perkuburan Baqie’.

ABDULLAH BIN MAS’UD BIN GHAFIL

(meninggal dunia pada tahun 32H bersamaan 652M)
Adalah merupakan seorang sahabat yang terawal memeluk Islam. Beliau merupakan salah seorang daripada sepuluh orang yang dijamin syurga, juga merupakan penulis wahyu. Beliau adalah orang yang paling alim tentang kitab Allah dan pada bacaannya. Masyhur dengan penafsiran al-Quran dan mengetahui sebab-sebab turunnya. Beliau telah turut serta dalam semua peperangan bersama dengan Baginda. Di samping penguasaannya dalam bidang feqah dan hadith,beliau juga adalah seorang penyair yang baik. Selepas kewafatan Nabi s.a.w., beliau telah dilantik untuk menjaga Baitul Mal di Kufah. Kemudian beliau kembali ke Madinah semasa pemerintahan Othman dan meninggal dunia di sana.

ABU UBAIDAH AL-JARRAH

(meninggal dunia pada tahun 18H bersamaan 639M)
Beliau adalah Amir bin Abdullah , seorang sahabat dari kalangan Quraisy yang merupakan salah seorang daripada sepuluh orang yang telah dijamin dapat memasuki syurga, juga merupakan pemegang amanah kepada umat ini. Beliau telah turut serta dalam semua peperangan. Beliau juga merupakan salah seorang daripada pimpinan tentera semasa pembukaan negeri Syam dan telah membunuh bapanya yang berada dalam barisan tentera Musyrikin. Beliau meninggal dunia kerana penyakit taun yang merebak di Amwas(sebuah tempat di palestin).

AZ-ZUBIR AL-AWWAM

(meninggal dunia pada tahun 36H bersamaan 656M)
Beliau adalah seorang sahabat daripada kalangan Quraisy, sepupu Nabi s.a.w. yang merupakan penyokong kuat baginda. Beliau adalah antara salah seorang daripada sepuluh orang yang telah dijanjikan masuk syurga. Beliau telah turut serta dalam semua peperangan.

SAAD BIN ABI WAQQAS

(meninggal dunia pada tahun 55H bersamaan 675M)
Adalah seorang sahabat berbangsa Quraisy daripada kaum Zahri, beliau merupakan salah seorang yang telah dijanjikan masuk syurga. Beliau telah memimpin tentera dalam pembukaaan Farsi dan telah mengalahkan Rastam dalam peperangan al-Qadisiah. Beliau telah membina bandar Kufah.

TALHAH BIN UBAIDAH

(meninggal dunia pada tahun 36H bersamaan 656M)
Beliau adalah Talhah bin Ubaidillah bin Othman bin Kaab bin Saad, merupakan salah seorang yang dijanjikan syurga. Dalam Perang Uhud, beliau melindungi baginda dengan dirinya sendiri(tangannya) dari terkena panah sehingga lumpuh jari-jarinya.beliau meninggal dunia terkena panah pada peperangan Jamal.

No comments: