Saturday, September 6, 2008

Luahan Hati seorang sahabat.....Fikirkanlah

Kalau saya memilih PAS adakah ianya bermakna saya melupakan jasa-jasa kerajaan dahulu yang telah membangunkan negara? Saya tidak pernah lupa bahawa Tunku Abdul Rahman yang telah berjuang mendapatkan kemerdekaan negara. Saya tidak lupa Tun Razak yang telah berjuang menyelamatkan orang Melayu semasa tragedi 13 Mei dan seterusnya menjadi Bapa Pembangunan negara. Saya juga tidak lupa kepada Tun Hussein Onn yang telah berjuang menyatukan orang Melayu. Dan saya tidak akan lupa kepada Tun Mahathir yang telah membawa Malaysia ke peta dunia dengan pembangunan moden dan kelantangan bersuara serta membawa ramai orang Melayu bersaing dengan bangsa-bangsa lain dalam perniagaan dan ekonomi. Saya tidak pernah melupakan jasa-jasa mereka di atas yang berjuang demi memartabatkan bangsa Melayu di bumi Malaysia ini.
Namun begitu mereka semua sudah tiada. Mereka telah pergi meninggalkan kita semua dan tiada lagi untuk menguruskan negara kita. Yang tinggal hanyalah kenangan dan terima kasih kerana mereka telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk memperjuangkan kehidupan rakyat dan membangunkan negara seluruhnya. Adakah pengganti mereka ini telah menunaikan tanggungjawabnya pula? Adakah pengganti mereka ini berjuang mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Islam sebagai agama sebenar di muka bumi ini, bangsa Melayu dan negara ini?
Saya impikan sebuah negara di mana pemimpinnya tidur beralaskan tikar di masjid seperti Saidina Umar, pemimpin yang memulangkan gaji beliau kepada Baitullah seperti Saidina Abu Bakar, seorang pemimpin yang hidup penuh zuhud dan ala kadar semata-mata kerana menunaikan tanggungjawab dirinya kepada Allah s.w.t. sebagai seorang pemimpin sebuah negara. Saya impikan seorang pemimpin yang akan berucap dan terpampang di dada akhbar menyeru semua Muslimah menutup aurat dan ditemani muhrim sentiasa. Saya impikan pemimpin yang menyeru mat-mat rempit supaya memperbanyakkan zikir, sembahyang sunat dan memperbanyakkan membaca Al-Quran. Saya impikan pemimpin yang sentiasa mengingatkan rakyatnya supaya beramal, bersedekah dan tidak meninggalkan solat. Saya impikan sebuah negara yang mana tiada tempat-tempat perjudian, tiada disko-disko dan tempat maksiat, tiada arak yang dijual, tiada maknyah dan golongan penkid dan tiada rumah-rumah pelacuran.
Saya impikan tender-tender perniagaan di buat secara telus dan jujur tanpa campur tangan daripada mana-mana golongan politik, tiada kronisme, tiada pilih kasih. Saya impikan lesen-lesen di berikan tanpa ada wang kopi, tanpa kena ada tandatangan dan sokongan pihak-pihak tertentu.Saya impikan sebuah negara di mana kita tidak perlu merafak sembah kepada manusia, tidak perlu terlalu memuliakan manusia hanya kerana mereka kaya, berpangkat dan bergelar pemimpin. Saya impikan pemimpin yang akan menundukkan kepalanya apabila bertemu rakyat. Saya impikan pemimpin yang sanggup makan nasi bungkus bersama-sama dengan peminta sedekah di tepi jalan. Saya impikan seorang pemimpin yang diam-diam keluar malam untuk menolong orang-orang yang kesusahan dan kebuluran bersama-sama isterinya.
Itu impian saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang berpemimpinkan seorang Islam. Memang impian saya sesuatu yang mustahil di dunia akhir zaman ini. InsyaAllah impian saya akan tercapai apabila turunnya Nabi Isa a.s. dan Imam Mahadi yang akan tiba di penghujung waktu yang akan memuliakan Islam dan membawa kemakmuran kembali. Waktunya hanya Allah s.w.t. yang mengetahui dan saya mungkin sudah berada di alam barzakh semasa itu. Namun hidup perlu diteruskan dan kita mesti berpijak di bumi yang nyata. Kita mesti berhadapan dengan realiti semasa.
Saya sedih apabila mendengar kanak-kanak diculik dan diperkosa dan pihak berkuasa tidak dapat melakukan apa-apa. Saya sedih penjenayah yang sentiasa berleluasa. Saya sedih terpaksa melibatkan diri untuk projek-projek kerajaan yang menjual negara tetapi dilihat seolah-olah menjana pertumbuhan ekonomi wilayah dan untuk negara. Saya sedih apabila di tahan di tepi jalan oleh pihak berkuasa dan terpaksa memberikan duit kopi kepada mereka. Saya sedih terpaksa melayan karenah mereka yang mahukan perempuan, night club dan wang kopi semata-mata kerana saya cuba dapatkan tender daripada kementerian mereka.
Saya sedih melihat anak-beranak menjadi kaya dengan kontrak-kontrak kerajaan serta GLC dan menjual kepentingan negara. Saya sedih melihatkan isteri pemimpin kita sendiri tidak menutup aurat, berciuman dengan aktor-aktor Hindi dan berpegangan seolah-olah kita ini bukan Islam dan tidak mempunyai peraturan agama.Saya sedih melihatkan rakyat berpendapatan rendah terkial-kial setiap hujung bulan membayar segala keperluan hidup sedangkan pemimpin kita menaiki kereta mewah berharga jutaan ringgit dan hidup di dalam rumah bagaikan istana. Saya sedih mendengarkan isteri pemimpin kita memakai bag tangan berharga RM650 ribu dan jam tangan berharga ratusan ribu juga sedangkan TV3 menayangkan rancangan Bersamamu yang menyebakkan. Saya sedih harga barangan terus dinaikkan dan pemimpin kita cuma berkata itu fenomena dunia dan kita terpaksa menerima. Saya sedih apabila rakyat disuruh berjimat-cermat sedangkan pemimpin kita boleh bercuti ke luar negara dan membeli jet baru dengan wang cukai rakyat jelata.
Saya sedih melihatkan ramai remaja Melayu Islam terkinja-kinja sehingga dini hari di disko-disko dan night club sambil minum arak dan bercampur sebebas-bebasnya. Saya sedih melihatkan ramai orang Melayu Islam yang berkunjung ke Magnum, Toto dan Kuda setiap hujung minggu. Saya sedih dengan ramainya mat rempit di jalanan terdiri daripada remaja Melayu Islam.
Saya sedih dengan pemimpin yang boleh memberikan ucapan tentang moral dan akidah tetapi beliau seorang kaki perempuan dan suka berfoya-foya. Saya sedih dengan pemimpin yang katanya tahu tentang keperitan hidup rakyat sedangkan dirinya tidak pernah pergi ke Pejabat Pos untuk membayar bil2 bulanan. Saya sedih dengan apa yang berlaku di sekeliling saya.
Saya hanya mahukan seorang pemimpin dan kerajaan yang sanggup berjuang dengan perjuangan ikhlas untuk menegakkan Islam dan bangsa Melayu. Pemimpin yang tidak akan tunduk dengan desakan-desakan untuk menjatuhkan martabat Islam dan Melayu. Saya inginkan pemimpin yang dapat membentuk negara Islam yang sebenar berpaksikan Al-Quran dan Hadith, hidup penuh zuhud dan menjadikan Islam itu asas tertinggi dalam segala bentuk tindakan dan pengurusan.
Saya inginkan pemimpin yang apabila beliau ingin menyuapkan nasi ke mulutnya akan segera teringatkan, adakah rakyatnya mempunyai makanan yang cukup dan seenak sepertinya. Apabila ia baring untuk tidur, adakah rakyatnya dapat tidur seenak tilamnya. Apabila isterinya berbelanja, adakah rakyatnya sudah mendapat keperluan asas kehidupan. Apabila anak menantunya mendapat kontrak kerajaan, adakah kerana ketelusan atau hanya berbinkan dirinya. Pemimpin yang sentiasa takut akan perkara-perkara yang boleh mendorong datangnya fitnah ke atas diri dan keluarganya. Pemimpin yang akan meletakkan kepentingan rakyatnya lebih daripada kepentingan diri dan keluarganya.
Salahkah saya menukar seorang pemimpin Islam yang gagal kepada seorang pemimpin Islam yang lain? Adakah ini akan membuatkan saya lupa kepada jasa-jasa mereka-mereka yang terdahulu? Apakah impian saya untuk mencari pemimpin seperti Saidina Abu Bakar dan Umar boleh direalisasikan dengan memilih pemimpin Islam yang ada sekarang? Tidak perlukah ditukar kepada seorang Islam yang lain jika saya merasakan elok dibuat perubahan moga-moga Allah s.w.t. kabulkan impian saya?Salam.

Wednesday, May 14, 2008

PENERBANGAN ISTIMEWA

Penerbangan...
Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke
sebuah negara, dimana maklumat tentangnya tidak terdapat dlm sebarang
brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith, di mana
penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.
Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yg
tiada caj lebihan berat, ianya atas kesudian Pencipta kita, dimana
bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.
Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan
cendana.
Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi
Al-Islam.
Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.
Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.
Di mana dalamnya bukan lagi 1st, business atau economy class, hanyalah
sekadar keranda kayu yg diukirkan.
Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah
International, tetapi tanah perkuburan.
Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani,
tetapi bilik 6 kaki dalam & gelita.
Di mana pegawai imigresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya
memeriksa samada kita layak ke destinasi yg diidamkan.
Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.
Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.
Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di
bawahnya atau Neraka Jahannam.
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan
(savings) anda tidak akan dihabiskan.
Penerbangan ini tidak akan hijack atau dirampas, oleh itu tidak perlu
bimbang.
Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi
atau halal-haramnya.
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia
berangkat dan tiba tepat pd masanya.
Jangan fikirkan tentang hiburan dlm penerbangan, anda telah hilang
selera bersuka-ria.
Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda
disenyawakan di dlm rahim ibu.
Ya! Berita Baik!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda, anda adalah
satu-satunya penumpang penerbangan ini.
Oleh itu bergembiralah selagi boleh! dan sekiranya anda boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'
Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan ini
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

Sunday, February 24, 2008

BUAT YANG AKAN MENINGGALKAN MENARA GADING




Kekadang idealism itu cantik di atas kertas dalam tesis haraki
menangani kemelut alami yang lintang pukang lewat jahiliyah abad
ke-20 yang kini merembas ke alaf baru yang diwar-warkan .


Visi dan misi di menara gading sungguh anggun dan ia bukan sebuah
fatamorgana
Tapi mehnah tribuliasi di padang perjuangan kadang-kadang menjadi
istidraj
Untuk kita menopang dagu memerhatikan lakonan yang tidak istiqamah
Justeru gula-gula yang manis disogok sehingga kita menjadi karam
mabuk fana
Dalam kebingungan
Kita tercari-cari erti perjuangan di celah kerusi empuk dan bilik
hawa dingin.


Ramai yang telah gugur
Apabila bekalan tak kecukupan
Persiapan ruhiyyah kurang
Padang permainan zaman anak-anak tentunya berbeda
Buai laju-laju sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab.


Perjuanganmu adalah
"a never ending story"
plot ceritanya bertambah dengan jejak usiamu
perjalanan ini akan menjadi manis jika berjalan di landasan aspal
kehidupan yang muktabar
janganlah kau menoleh ke belakang
itu pesanan Jibrail pada Rasulullah tika di mikrajkan
parasit akan merayap mencari mangsa
tika sakratulmaut pun Iblis masih sabar menunggu
kita kena belajar berhati-hati
mengenali
diri
dan musuh-musuh sepanjang perjuangan.


Segulung ijazah itu hanya simbol lahiriah
Ada lagi pencarian yang kau perlu lalui
Kemanusiaan di sebalik segulung kertas
Kau perlu kembara jauh
Dan
Universiti tidak mengajarmu
Semuanya
itu.

Saturday, February 16, 2008

Sebelum Terlambat



Mahasuci Allah yang menjadikan hambanya sebaik-baik kejadian dan memberi panduan dan hidayahnya iaitu al-quran dan sunnah junjungan mulia Muhamad S.A.W untuk kita menjadi muslim yang sejati yakni beriman dan bertakwa kepada Allah Ta;ala InsyaAllah.

Alhamdulillah kita masih lagi diberi nikmatnya iaitu nikmat iman ,islam dan ihsan untuk kita tanpa berbelah bagi untuk hambanya yang kredil ini.Sahabat sekelian sepatutnya kita sebagai umat Nabi Muhamad sehausnya bersyukur dengan sebanyak-banyak syukur dan berasa beruntung nikmat yang diberikan ini.Tetapi dimanakah kita sebagai seorang hambanya dan umat Muhamad S.A.W?

Sahabat-sahabat sekelian menyentuh tentang kehidupan kita dan hari-hari yang kita lalui sepanjang kehidupan kita didunia ini sejak kita dilahirkan sehinggalah kita dewasa dan boleh berfikir,kenal baik,buruk,halal dan haram yang Allah ta`ala kurniakan kepada kita iaitu akal untuk berfikir, adakah digunakan dengan sebaiknya nikmatnya ini atau sebaliknya? Marilah sama-sama kita renungi diri kita selama kita diutuskan untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini.Adakah kita telah tunaikan tangungjawab kita dengan sempurna atau sebaik-baiknya kepada zat yang maha Agung yang menjadikan kitya sebagain hambanya.

Saudara-saudariku sekelian hari ini kita didatangkan dengan pelbagai ujian dan mehnah yang ALLAH berikan kepada kita agar kita memohon petunjuk kepadanya tetapi kita telah menjadikan nafsu sebagai tuhan sehingga kita alpa dengan dunia,hanyut dengan tipu dayanya ,tertipu dengan pujuk rayu iblis ,yang salah menjadi betul,yang haram menjadi halal dan yang paling malang sekali kita mengagungkan budaya yang dibawa oleh barat yang hendak menghancurkan Islam didunia ini dalam kehidupan kita seharian .Semuanya bertukar menjadi baik bagi kita kerana kita mengikut kehendak nafsu amarah kita dan menjadikan nafsu sebagai tuhan.layakkah kita mengaku sebagai hamba Allah dan umat nabi Muhammad S.A.W?dan adakah kita benar-benar mencontohi para sahabat,tabien,dan alim ulamak,Salafu Saleh yang tedahulu meninggalkan kita.fikirkanlah Bagaimanakah perasaan Nabi Muhamad S.A.W apabila melihat keadaan kita hari ini?

Kalau dilihat keadaan kita hari ini memang jauh bezanya kita dengan para pejuang islam itu,kita leka dengan nikmat dunia dan lupa dengan urusan yang berkaitan dengan suruhan Allah.Jesteru itu marilah sama-sama kita merenung diri,muhasabah diri dimanakah amalan kita kepada Alla ta`ala. sepanjang kita hidup di dunia ini dan marilah sama-sama kita kembali kelandasan sebenar berpandukan al-quran dan as-sunnah.dan sama-sama kita memohon ampun kepada Allah agar kita tidak terlambat daripada mendapat redha Allah dan keampunanya dan marilah sama-sama kita mencontohi sifat-sifat rasulullah sebagai umat baginda. Dalam .hal .ini baginda pernah bersabda :

عن الأغر بن يسار المزني رضي الله عنه قا ل:((قا ل رسول الله صلىالله عليه وسلم يا أيها الناس توبوا إلى الله ؛ فاءني أتو في اليو اءليه ميْة مرة))

Daripada Al-Ghorri bin yasar muzani R.A berkata Rasulullah S.A.W : wahai manusia ,pohon ampunlah kepada Allah,sesungguhnya aku beristigfar dan memohon ampun kepadanya setiap hari 100 kali .

(Riwayat Muslim)

Jesteru itu ,marilah sama-sama kita menyahut seruan Rasulullah agar memohon ampun kepada Allah dan beristigfar kepadanya kerana inilah yang dilakukan oleh baginda yang merupakan manusia maksum yang sudah pasti bagi baginda syurga Allah,sedangkan kita hanya manusia biasa yang banyak dosa ,kurang amalan,malah belum tahu lagi sama ada amalan kita diterima atau tidak oleh Allah, serta kita belum tentang nasib kita.dipadang masyar kelak.Dalam satu hadis lagi baginda bersabda :

عن أبي هريرة رضي الله عنه قا ل: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :((والله إني لأستغفر الله وأتوب اْليه في اليوم أكثر من سبعين مرة))

Daripada Abu Hurairah R.A berkata:aku mendengar rasulullah S.A.W berkata ;((demi Allah ,sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah dan memohon ampun kepadanya setiap hari lebih daripada 70 kali))

(Riwayat Bukhari)

lihat betapa pentingnya beristigfar dan bertaubat kepada Allah yang ditekan oleh rasulullah kepada kita sebagai hamba Allah yang hidup didunia iniuntuk mendapat ganjaran daripada Allah dan meningkatkan keimanan kita kepada Allah.seperti yang Allah terangkan dalam al-quran dalam surah an-nur ayat 31:

وتو بوا إلى الله جميعا أيه المؤمنون لعلكم تفلحون

((dan bertaubatlah sekelian kepada Allah,hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung))

Bertepatan dengan ayat diatas marilah sama-sama kita memohon ampun kepada Allah agar kita mendapat rahmatnya dan benar-benar mengikuti sunnah rasulullah agar kita tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi.

Untuk akhirnya marilah sama-sama kita merenung sepotong hadis rasulullah S.A.W

عن ابي هريرة رضي الله عنه قا ل : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :(( من تا ب قبل أن تطلع الشمس من مغربها تا ب الله عليه))

((Daripada Abu Hurairah R.A : Rasulullah bersabda :siapa yang memohon ampun kepada Allah sebelum matahari keluar dari barat,maka Allah menerima taubatnya))

(Riwayat Muslim)

Daripada hadis diatas marilah sama-sama kita bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat yakni taubat nasuha yang ikhlas kepada Allah ta`la agar taubat kita diteriama oleh Allah. INSYAALLAH

BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT

Tuesday, February 5, 2008

“TEMAN KEKASIH ALLAH”

ABDUL RAHMAN BIN ‘AUF

(meninggal dunia pada tahun 32H bersamaan 652M)
Beliau ialah abdul Rahman bin ‘Auf bin al-Harith bin Zahrah. Merupakan seorang sahabat berbangsa Quraisy daripada kaum Zahri, beliau adalah tergolong daripada mereka yang terawal memeluk Islam. Beliau juga adalah salah seorang daripada sepuluh yang telah dijamin syurga dan termasuk dalam kalangan enam orang ahli majlis mesyuarat. Beliau telah menyertai peperangan Badar dan seluruh peperangan yang lain. Beliau telah disemadikan di tanah perkuburan Baqie’.

ABDULLAH BIN MAS’UD BIN GHAFIL

(meninggal dunia pada tahun 32H bersamaan 652M)
Adalah merupakan seorang sahabat yang terawal memeluk Islam. Beliau merupakan salah seorang daripada sepuluh orang yang dijamin syurga, juga merupakan penulis wahyu. Beliau adalah orang yang paling alim tentang kitab Allah dan pada bacaannya. Masyhur dengan penafsiran al-Quran dan mengetahui sebab-sebab turunnya. Beliau telah turut serta dalam semua peperangan bersama dengan Baginda. Di samping penguasaannya dalam bidang feqah dan hadith,beliau juga adalah seorang penyair yang baik. Selepas kewafatan Nabi s.a.w., beliau telah dilantik untuk menjaga Baitul Mal di Kufah. Kemudian beliau kembali ke Madinah semasa pemerintahan Othman dan meninggal dunia di sana.

ABU UBAIDAH AL-JARRAH

(meninggal dunia pada tahun 18H bersamaan 639M)
Beliau adalah Amir bin Abdullah , seorang sahabat dari kalangan Quraisy yang merupakan salah seorang daripada sepuluh orang yang telah dijamin dapat memasuki syurga, juga merupakan pemegang amanah kepada umat ini. Beliau telah turut serta dalam semua peperangan. Beliau juga merupakan salah seorang daripada pimpinan tentera semasa pembukaan negeri Syam dan telah membunuh bapanya yang berada dalam barisan tentera Musyrikin. Beliau meninggal dunia kerana penyakit taun yang merebak di Amwas(sebuah tempat di palestin).

AZ-ZUBIR AL-AWWAM

(meninggal dunia pada tahun 36H bersamaan 656M)
Beliau adalah seorang sahabat daripada kalangan Quraisy, sepupu Nabi s.a.w. yang merupakan penyokong kuat baginda. Beliau adalah antara salah seorang daripada sepuluh orang yang telah dijanjikan masuk syurga. Beliau telah turut serta dalam semua peperangan.

SAAD BIN ABI WAQQAS

(meninggal dunia pada tahun 55H bersamaan 675M)
Adalah seorang sahabat berbangsa Quraisy daripada kaum Zahri, beliau merupakan salah seorang yang telah dijanjikan masuk syurga. Beliau telah memimpin tentera dalam pembukaaan Farsi dan telah mengalahkan Rastam dalam peperangan al-Qadisiah. Beliau telah membina bandar Kufah.

TALHAH BIN UBAIDAH

(meninggal dunia pada tahun 36H bersamaan 656M)
Beliau adalah Talhah bin Ubaidillah bin Othman bin Kaab bin Saad, merupakan salah seorang yang dijanjikan syurga. Dalam Perang Uhud, beliau melindungi baginda dengan dirinya sendiri(tangannya) dari terkena panah sehingga lumpuh jari-jarinya.beliau meninggal dunia terkena panah pada peperangan Jamal.

UKHWAH ISLAMIYYAH


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :

"لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه مايحب لنفسه"

(رواه البخارى)

Maksudnya:

“Tidak beriman (sempurna) seseorang kamu,sehingga dia kasihkan (sesuatu) kepada saudaranya apa yang dia kasihkan untuk dirinya sendiri.”

Tentunya sudah kita maklumi,menjadi kewajipan dan tanggungjawab kita menyelaras serta menyempurnakan kaedah ukhwah yang Allah aturkan kepada kita,dengan sebaik-baik aturan.Marilah sama-sama kita menghayatinya berlandaskan keimanan dan keikhlasan serta cinta kepada Allah taala semata-mata dan bukanlah kerana harta,pangkat dan kecantikan sebagai ukurannya.Seandainya ukhwah sentiasa dibajai,akan terbentuklah satu perpaduan yang erat,yang sukar digoyah oleh musuh-musuh Islam yang sentiasa mencari jalan merosakkan persaudaraan di kalangan umat Islam.Hanya dengan terlerainya ukhwah musnahlah cita-cita Islam.

Tidakkah kita sedari,nun jauh disana ,di Timur dan di Barat ,syaitan laknatullah bersorak gembira dek lerai dan rapuhnya ukhwah ummah Nabi Muhammad s.a.w.Sanggupkah kita ditertawakan dan di permain-mainkan oleh musuh-musuh Islam itu?tepuk dada tanyalah iman ! Dalam kesempatan yang berharga ini,marilah kita merenungi sepotong hadis yang mempunyai erti besar dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim,apatah lagi bagi mereka yang melibatkan diri dalam harakah Islamiyyah.

عن أبي هربرة عن النبي صلى الله عليه وسلم أن رجلا زار أخاه في قرية أخرى فأرصد الله له على مدرجته ملكا,فلما أتى عليه, قال أين تريد,قال : أريد أخالي في هذه القرية,قال هل لك عليه من نعمة تربهاز قال :لا غير أني احيبته فى الله عز وجل قال : فاٍ ني رسول الله اليك بأن الله قد أحبك كما احيبته فيهز

(رواه مسلم _صحيح مسلم بشرح النووي , باب فضل الحب في الله تعالى – ج 16 ص123)

Maksudnya :

“Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.:

Seorang lelaki menziarahi sahabatnya di sebuah kampung yang lain, lalu Allah memerintahkan seorang malaikat menunggunya di pertengahan jalan.Tatkala lelaki itu tiba kepada malaikat,lalu malaikat itu pun bertanya :”Saudara mahu ke mana ?” Lelaki itu menjawab: “Saya ingin menziarahi sahabat saya yang tinggal di kampung ini .” Malaikat itu bertanya lagi :”Adakah saudara datang kepadanya kerana ada maslahat tertentu?: lalu lelaki itu menjawab :”Tidak ,saya datang kepadanya semata –mata kerana mencintai sahabat saya itu kerana Allah.” Lalu malaikat menjawab :”Sesungguhnya aku ini utusan Allah yang di utus kepadamu bagi memberitahu bahawa Allah telah mencintai kamu sebagaimana saudara mencintai saudara itu kerana Allah.”

Dalam hadis ini,secara jelas Allah Taala ingin menunjukkan kepada manusia betapa besarnya hubungan persaudaraan di kalangan hambaNya.Sekiranya hubungan persaudaraan mereka itu timbul daripada keihklasan yang diikat dengan keimanan.Dengan erti kata lain,persaudaraan yang erat sesama muslim adalah dituntut kerana mereka berpaut kepada satu aqidah,tidak dikaitkan dengan kepentingan duniawi semata-mata.Hadis ini juga menganjurkan kepentingan ziarah-menziarahi sesama mereka yang seaqidah.

Kerenggangan Persaudaraan Umat Islam Kontemporari.

Perhubungan persaudaraan umat Islam kini terlalu renggang.Mereka tidak lagi diikat oleh persaudaraan yang hakiki iaitu persaudaraan berteraskan keimanan dan islam yang jitu terhadap Allah sebaliknya kini persaudaraan mereka adalah berteraskan materealistik,kumpulan,kelab dan sebagainya sehingga menyebabkan dengan mudah musuh-musuh Islam menghancurkan Islam sedikit demi sedikit.

Umat Islam kini lebih suka bersengketa dan bermasam muka sesama sendiri walaupun larangan syarak berhubung dengannya terlalu banyak samada dari nas

Al-Quran mahupun hadis.Misalnya dalam surah Al-Hujurat :

( اٍنما المؤمنون اٍخوة فأصلحوا بين أخويكم واتقوا الله لعلكم ترحمون) –الحجرات :10 –

Maksudnya :

“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah diantara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu,dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

Dalam ayat ini,Allah taala telah menghubungkan persaudaraan dengan rahmatNya.Ini bermaknya runtuhnya persaudaraan di kalangan umat Islam adalah satu bala.Sama-samalah kita menyemai dan menguatkan kembali ukhwah Islamiyah dikalangan kita hanya kerana Allah s.w.t.

Tuesday, January 15, 2008

Cinta Luar Biasa



Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang
terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa
henti..
Ummati.. ummati.. ummati..


Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam
pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam
dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada
tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah
dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang
bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian
mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak
kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat
tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan
aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas
segala janjiNya..
Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas
jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti
kemanisan iman.

Mampukah diri ini meraih cinta luar
biasa..??